| | 21 Januari 2023 – Lebih 350 orang menyertai kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut berkonsepkan 'Scavenger Hunt' di Taman Rekreasi Pantai Muara kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
| 
|
| | 5 Januari 2023 - Projek Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu akan bermula pada 5 Januari 2023 dan dijangka siap dalam tempoh masa 24 bulan. Skop projek ini adalah termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres.
| 
|
| | 14 Disember 2022 - Bagi meraikan Menteri Kelestrian dan Alam Sekitar, Republik Singapura, serta rombongan yang berada di negara ini bagi lawatan kerja, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menghoskan Majlis Makan Malam untuk rombongan Puan Yang Terutama.
| 
|
| | 5 Disember 2022 - Seramai 37 peserta yang berdaftar sebagai penilai dan ejen harta tanah berjaya menamatkan Kursus Real Estate Practices Part 1 and 2 anjuran bersama BoVEA dan (IBTE), dengan sokongan AVA Brunei Chapter yang diadakan selama enam hari dalam bulan September lalu.
| 
|
| | 20 November 2022 – Pasukan Jabatan Perkhidmatan Air muncul juara pada Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Tanah.
| 
|
| | 20 November 2022 – Jabatan Ukur dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) telah menyambut Hari GIS Sedunia dengan bertemakan 'Explore the Unseen with GIS' di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
| 
|
| | 19 November 2022 – Negara ini tidak terkecuali daripada meraikan Hari Ozon Sedunia, yang disambut secara global sejak ia diisytiharkan oleh PBB sebagai hari Antarabangsa bagi Pemeliharaan Lapisan Ozon dan dalam memperingati tarikh penandantangan Protokol Montreal pada 16 September 1987.
| 
|
| | 19 November 2022 – Dua orang warga Kementerian Pembangunan telah menerima anugerah sempena Hari Perkhidmatan Awam, sementara Jabatan Ukur menerima sijil pengiktirafan di tahap Baik bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA).
| 
|
| | 13 November 2022 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) telah mengadakan Acara “Walkability Retreat" bertempat di Kompleks Bangunan Kerajaan, Berakas bagi menyemarakan Sambutan Jubli Emas JPBD, yang diselajurkan dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia bagi tahun 2022.
| 
|
| | 8 November 2022 – Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah melancarkan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022.
| 
|
| | 3 November 2022 - Majlis Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri diisikan dengan ceramah khas.
| 
|
| | 30 Oktober 2022 - Kementerian Pembangunan muncul Juara dalam Kategori Terbuka di Perlawanan Akhir Kejohanan Futsal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-29, tahun 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
| 
|
| | 27 Oktober 2022 - Kementerian Pembangunan menerima kunjungan muhibah daripada Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB). Kunjungan berkenaan disambut oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Manakala delegasi PUB diketuai oleh Tuan Michael Toh, Pengarah, Jabatan Kerjasama Industri dan Teknologi, PUB Singapura.
| 
|
| | 20 Oktober 2022 - Negara Brunei Darussalam menghadiri mesyuarat ke-17 Persidangan Ahli-Ahli Parti Kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (COP-17) di Republik Singapura. Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengetuai delegasi dari Negara Brunei Darussalam.
| 
|
| | 16 Oktober 2022 - Pasukan Jabatan Ukur (Ukur 'A') menang tipis selepas menewaskan pasukan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, 13 - 11 pada Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya tahun 2021.
| 
|
| | 15 Oktober 2022 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W tahun 1444H/2022M. Majlis ini adalah kelolaan bersama Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya.
| 
|
| | 10 Oktober 2022 - Majlis Penutup Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W anjuran AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.
| 
|
| | 5 Oktober 2022 – Rombongan dari Kementerian Pembangunan menghadiri Majlis Dikir di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam serta mengimarahkan masjid dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul.
| 
|
| | 14 September 2022 - Jawatankuasa Pengurusan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kementerian Pembangunan serta berpandukan kepada Kenyataan Akhbar bertarikh 3 Ogos 2022 ingin memaklumkan mengenai pengemaskinian penggunaan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.
| 
|
| | 10 September 2022 - Kaum wanita tidak terkecuali menanai tanggungjawab dalam sama-sama membendung wabak COVID-19 di negara ini dengan menyaksikan penyertaan daripada pimpinan kalangan warga kerja wanita dan juga Kumpulan-Kumpulan Muslimah Masjid-Masjid.
| 
|
| | 3 September 2022 - Malam Munajat Anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diadakan secara maya terus mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kerjasama erat daripada kementerian-kementerian di negara ini. Malam Munajat kali ke-51 ini diungkayahkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan.
| 
|
| | 25 Ogos 2022 - Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam mengadakan Bengkel 'Quality Assurance of the National Greenhouse Gas Inventory Management System and National GHG Inventories of Brunei Darussalam', anjuran Sekretariat Rangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
| 
|
| | 16 Ogos 2022 - Pasukan Jabatan Ukur muncul juara Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2021 setelah menewaskan pasukan gabungan Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya dengan keputusan 1 – 0.
|

|
| | 6 Ogos 2022 - Dalam
usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai prinsip Maqasid Syari‘ah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Taklimat Kefahaman
Maqasid Syari‘ah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam bagi para pegawai dan kakitangan
Kementerian Pembangunan.
| 
|
| | 4 Ogos 2022 - Mesyuarat Ke-15 Kerjasama Brunei-Singapura mengenai alam sekitar di bawah
Pertukaran Lawatan Tahunan, merupakan aktiviti di bawah Memorandum Persefahaman
Dua Hala Mengenai Hal Ehwal Alam Sekitar tahun 2015, telah diadakan di Republik
Singapura.
|  |
| | 3 Ogos 2022 - Jawatankuasa Pengurusan Jambatan
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian
Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kementerian Pembangunan, ingin mengingatkan
orang ramai mengenai dengan penggunaan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien. |  |
| | 1 Ogos 2022 - Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk 'Menjana Insan Bertaqwa dan Berintegriti Melalui Penghayatan Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W' dan persembahan Dikir Marhaban bagi meraikan para jemaah haji yang baru kembali dari menunaikan Fardhu Haji.
| 
|
| | 28 Julai 2022 - Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya hari ini mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Bulan Julai 2022.
| 
|
| | 21 Julai 2022 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan
Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-76 Tahun.
| 
|
| | 12 Julai 2022 - Sebanyak empat ekor kerbau telah dikorbankan di Majlis Ibadah Korban Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1443H/2022M, yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur.
| 
|