| | 30 Mei 2023 – Seramai 17 orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
| 
|
| | 16 Mei 2023 – Sesi Dialog Qualified Persons yang pertama bagi tahun 2023 ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai dengan kepentingan mematuhi Perintah dan Peraturan Kawalan Bangunan, 2014 serta garispanduan yang berkuatkuasa pada masa ini.
| 
|
| | 29 April 2023 – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar serta Doa Hajat yang diselajurkan dengan Ratib Al-Attas sempena Sambutan Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2023.
| 
|
| | 20 April 2023 – Kementerian Pembangunan melalui JASTRe telah menyewakan tapak seluas 2.1302 hektar yang terletak di Kampong Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong kepada Kehasan (B) Sdn. Bhd. untuk menjalankan dan memberikan perkhidmatan pengurusan sisa buangan dan aktiviti kitar semula bagi tempoh 20 tahun. |  |
| | 17 April 2023 – Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran, diselajurkan dengan Tahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Lambak Kanan.
| 
|
| | 13 April 2023 – Rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
| 
|
| | 13 April 2023 – Seramai 58 orang anak yatim yang terdiri daripada ahli keluarga warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima sumbangan derma di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim. | 
|
| | 22 Mac 2023 – Umat Islam di negara ini mula berpuasa pada hari Khamis, 23 Mac 2023 setelah anak bulan Ramadhan 1444 Hijrah sabit dilihat di beberapa buah lokasi pencerapan di negara ini.
| 
|
| | 22 Mac 2023 – Penduduk Rancangan Perumahan Negara Kampong Lumut, Daerah Belait dan sekitarnya akan mempunyai sebuah bangunan masjid baharu yang dibina di atas sebidang tanah yang berkeluasan 5.3 ekar.
| 
|
| | 20 Mac 2023 - Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong / Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar adalah salah satu projek berterusan dan berdaya tahan dalam memastikan penyediaan dan penyelenggaraan rangkaian aset jalan raya yang efisien dan selamat untuk digunakan.
| 
|
| | 9 Mac 2023 – Kursus Asas Penyiasatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan agensi di bawah Kementerian Pembangunan mengenai penguatkuasaan mengikut amalan terbaik yang diamalkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei.
| 
|
| | 9 Mac 2023 – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik.
| 
|
| | 28 Februari 2023 – Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR mengendalikan Majlis Sempena Memperingati Isra' dan Mi'raj yang diisikan dengan ceramah khas bertajuk “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah".
| 
|
| | 20 Februari 2023 - Bangunan baru Sekolah Menengah Sultan Hassan terletak di Kampong Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong dibina di atas tapak berkeluasan 15.419 ekar, menggantikan bangunan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar yang asal dibina sekitar tahun 1984.
| 
|
| | 9 Februari 2023 – Sesi muzakarah ini adalah untuk memberikan penerangan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang baharu dilantik mengenai peranan, visi dan misi Kementerian Pembangunan dan peranannya dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035.
| 
|
| | 21 Januari 2023 – Lebih 350 orang menyertai kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut berkonsepkan 'Scavenger Hunt' di Taman Rekreasi Pantai Muara kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
| 
|
| | 5 Januari 2023 - Projek Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu akan bermula pada 5 Januari 2023 dan dijangka siap dalam tempoh masa 24 bulan. Skop projek ini adalah termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres.
| 
|
| | 14 Disember 2022 - Bagi meraikan Menteri Kelestrian dan Alam Sekitar, Republik Singapura, serta rombongan yang berada di negara ini bagi lawatan kerja, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menghoskan Majlis Makan Malam untuk rombongan Puan Yang Terutama.
| 
|
| | 5 Disember 2022 - Seramai 37 peserta yang berdaftar sebagai penilai dan ejen harta tanah berjaya menamatkan Kursus Real Estate Practices Part 1 and 2 anjuran bersama BoVEA dan (IBTE), dengan sokongan AVA Brunei Chapter yang diadakan selama enam hari dalam bulan September lalu.
| 
|
| | 20 November 2022 – Pasukan Jabatan Perkhidmatan Air muncul juara pada Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Tanah.
| 
|
| | 20 November 2022 – Jabatan Ukur dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) telah menyambut Hari GIS Sedunia dengan bertemakan 'Explore the Unseen with GIS' di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
| 
|
| | 19 November 2022 – Negara ini tidak terkecuali daripada meraikan Hari Ozon Sedunia, yang disambut secara global sejak ia diisytiharkan oleh PBB sebagai hari Antarabangsa bagi Pemeliharaan Lapisan Ozon dan dalam memperingati tarikh penandantangan Protokol Montreal pada 16 September 1987.
| 
|
| | 19 November 2022 – Dua orang warga Kementerian Pembangunan telah menerima anugerah sempena Hari Perkhidmatan Awam, sementara Jabatan Ukur menerima sijil pengiktirafan di tahap Baik bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA).
| 
|
| | 13 November 2022 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) telah mengadakan Acara “Walkability Retreat" bertempat di Kompleks Bangunan Kerajaan, Berakas bagi menyemarakan Sambutan Jubli Emas JPBD, yang diselajurkan dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia bagi tahun 2022.
| 
|
| | 8 November 2022 – Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah melancarkan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022.
| 
|
| | 3 November 2022 - Majlis Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri diisikan dengan ceramah khas.
| 
|
| | 30 Oktober 2022 - Kementerian Pembangunan muncul Juara dalam Kategori Terbuka di Perlawanan Akhir Kejohanan Futsal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-29, tahun 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
| 
|
| | 27 Oktober 2022 - Kementerian Pembangunan menerima kunjungan muhibah daripada Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB). Kunjungan berkenaan disambut oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Manakala delegasi PUB diketuai oleh Tuan Michael Toh, Pengarah, Jabatan Kerjasama Industri dan Teknologi, PUB Singapura.
| 
|
| | 20 Oktober 2022 - Negara Brunei Darussalam menghadiri mesyuarat ke-17 Persidangan Ahli-Ahli Parti Kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (COP-17) di Republik Singapura. Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengetuai delegasi dari Negara Brunei Darussalam.
| 
|
| | 16 Oktober 2022 - Pasukan Jabatan Ukur (Ukur 'A') menang tipis selepas menewaskan pasukan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, 13 - 11 pada Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya tahun 2021.
| 
|