Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

  
Description
Front image
  

​Dimaklumkan bahawa Notifikasi SMS bagi Sistem Permohonan Peralamatan dan Hala Kiblat masa ini sudah berfungsi seperti biasa sejak 14 Ogos 2025

Makluman utk Fungsi SMS (1).jpg

  


Assalamualaikum dan Salam Sajahtera

Sukacita memaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Bulan Penuh  dijangka akan berlaku pada Hari Isnin
15 Rabiulawal 1447H bersamaan 8hb September 2025 di Negara Brunei Darussalam bermula 
dari jam 12.27 pagi hingga jam 3.56 pagi. Gerhana Bulan Penuh berlaku dalam masa 3 Jam 29 Minit 
seperti dalam jadual di bawah :


Fasa Gerhana
Waktu
Gerhana Bulan Separa bermula
12.27 Pagi
Kemuncak Gerhana Penuh
2.12 Pagi
Gerhana Bulan Separa berakhir
3.56 Pagi
Gerhana Bulan Penuh (Menutupi) selama 1 Jam 22 Minit
Gerhana Bulan Separa (Bermula dan Berakhir) selama 2 Jam 7 Minit








tempat  lokasi cerapan :-

             Kawasan Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan
             Waterfront Tatangan Persiaran Sungai Tutong, Daerah Tutong
             Kawasan Menara Cendera Kenangan, Daerah Belait
             Dermaga Pekan Bangar, Daerah Temburong


Poster Gerhana Bulan Penuh_2.png

  

Dimaklumkan bahawa Notifikasi SMS bagi sistem permohonan peralamatan dan hala kiblat masa ini tidak berfungsi, dipohonkan untuk menyemak email bagi notifikasi.


  

Bandar Seri Begawan, 29 Julai 2025 - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Bersama Lembaga Jurukur Tanah ke-40 yang berlangsung pada 29 Julai 2025 hingga 30 Julai 2025 bertempat di Hotel Radisson, dengan penyertaan 41 delegasi dari Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), Singapura dan Brunei Darussalam. Mesyuarat tahunan ini merupakan platform penting yang menghimpunkan pihak berkuasa pendaftaran dan pengawalseliaan profesion ukur tanah dari pelbagai negara untuk membincangkan dasar, amalan terbaik, serta perkembangan terkini dalam bidang ukur tanah dan geospatial.

WhatsApp Image 2025-08-02 at 2.59.11 PM.jpeg

  

The Brunei Darussalam Geospatial Challenge 2025 (BDGC 2025) is a competition aimed at youths of Brunei Darussalam from the Institutes of Higher Learning to showcase the use of geospatial technology and information to support the nation in achieving the Sustainable Development Goals (SDGs). Two winning teams will represent Brunei Darussalam to compete against students from the ASEAN region at the ASEAN Geospatial Challenge (AGC) 2026.

The Brunei Darussalam Geospatial CHallenge (BDGC) 2025  050825.jpg

  

​Jabatan Perkhidmatan Penguruan (MSD) dengan kerjasama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) telah memperkenalkan Pemedulian Perkhidmatan Awam, platform online yang membolehkan orang ramai menilai kualiti penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan termasuk Jabatan Ukur bermula pada hari Sabtu, 05 Julai 2025. 

Jabatan Ukur sukacita menjemput orang ramai untuk mengisikan kaji selidik ini dengan mengimbas QR Code yang disediakan bagi memberikan maklumbalas mengenai tahap kepuasan dan pandangan awda dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan ini. 

Pemedulian 05Julai25.png

  

​Para Pelanggan Yang Dihormati,​

Jabatan Ukur ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Geoportal Ukur dan Perkhidmatan Dalam Talian (Online Services) yang lain telah berfungsi semula dan boleh digunakan. 

GEOPORTAL2_03JULAI.png

  

Bandar Seri Begawan, 01 Julai 2025 - Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan PingatPingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis berlangsung di Dewan Mawaddah, Setia Point, Berakas. 

WhatsApp Image 2025-07-01 at 6.31.20 PM.jpeg

  

Para Pelanggan Yang Dihormati,

Jabatan Ukur ingin memaklumkan bahawa gangguan kepada beberapa perkhidmatan digital di bawah jabatan ini adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan termasuk kerja-kerja pengukuhan keselamatan sistem dan aplikasi digital Kerajaan yang dijalankan bersama Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dalam usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan digital Kerajaan kekal selamat dan boleh dipercayai.

Perkhidmatan yang terjejas:

  1. Geoportal Ukur
  2. Pembelian RSO Sheet, Pelan Akui, Peta Mukim dan Peta Kampung secara online
  3. Permohonan Hala Kiblat secara online
  4. Pembelian Geodetic Station

Para pelanggan bolehlah membuat pembelian dan permohonan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Cawangan-cawangan Daerah semasa waktu bekerja. 


  

​Para Pelanggan yang Dihargai,

Dengan penuh hormat dimaklumkan perkhidmatan kaunter dan pembelian peta-peta akan ditutup pada hari Isnin, 04 Muharram 1447H / 30 Jun 2025 sempena PENUTUPAN AKAUN BANK BAGI PERTENGAHAN TAHUN 2025.

Makluman Penutupan Kaunter 30Jun25.jpg

  

​Pembelian CP dan RSO kini boleh dilakukan di kaunter Jabatan Ukur. Harap maklum, sistem Geoportal serta perkhidmatan dalam talian sedang mengalami penutupan sementara waktu.

​​

  

​Bandar Seri Begawan, 17 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang anugerah ASEAN Geospatial 2025 telah diadakan di Bilik Hidayat, Ibu Pejabat Jabatan Ukur, di sini. ASEAN Geospatial Challenge 2025 telah diadakan pada Julai 2024 yang lalu dan disertai oleh lima (05) pasukan yang mewakili institusi pengajian tinggi iaitu UBD, UTB, UNISSA dan IBTE. Dua pasukan telah mewakili Negara Brunei Darussalam dalam penyertaan “The ASEAN Geospatial Challenge 2025 (AGC 2025)” yang dianjurkan oleh Singapore Land Authority (SLA). ​Team GEoTrailblazers dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah memenangi Distinction Award manakala TeamFTI dari Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) memenangi Excellence Award.

acffb5d8-cef6-471a-bd33-d4317fdb5184.jpg

  

Bandar Seri Begawan, 06 Mei 2025 - Seramai 30 orang pelajar program HNTEC in Geomatics dan 5 orang tenaga pengajar IBTE pagi tadi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Kehadiran para pelajar dan tenaga pengajar berkenaan dialu-alukan oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur. 

WhatsApp Image 2025-05-06 at 9.57.10 AM.jpeg

  

​Ucapan Tahniah kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan di atas Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun. 

FB Poster_PIKB2025.png

  

Pihak Jabatan Ukur ingin memaklumkan Nombor Talian Telefon Ibu Pejabat Jabatan Ukur buat masa ini tidak berfungsi. Pihak Jabatan memohon maaf di atas kesulitan berlaku. 

Sebarang Pertanyaan bolehlah berhubung melalui emel rasmi Jabatan: info@survey.gov.bn 

FB Poster Final (2).png

  

​Bandar Seri Begawan, 27 Mac 2025 - Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya sempena menyambut bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi berakhir petang tadi dengan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Beribi. Majlis pada tahun ini telah dikelolakan oleh Jabatan Ukur.

jemputan lelaki dan peserta Qari.JPG

  

04 Mac 2025, Bandar Seri Begawan - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada hari ini telah membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Surau Kementerian Pembangunan. Pada tahun ini, majlis berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Ukur dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di Surau Kementerian Pembangunan.

YB MOD memimpin bacaan Surat Al-Fatihah.JPG

  

Dikongsikan waktu operasi perkhidmatan kaunter Jabatan Ukur termasuk Cawangan Daerah sepanjang bulan Ramadhan 1446H

Makluman Waktu Kaunter Ramadhan.jpg

  

25 Februari 2025, Selasa, Daerah Tutong - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 Tahun, Tahun 2025, Jabatan Ukur telah mengadakan Eksplorasi GPS di Bukit Amboq, Tutong. Objektif acara diadakan ialah bagi menyemarakkan keharmonian dan mewujudkan masyarakat bersatu padu. 

IMG_8985.JPG

  

​Buku Air Pasang Surut boleh didapati di Kaunter-kaunter perkhidmatan Jabatan Ukur termasuk Cawangan Daerah (Tutong, Belait dan Temburong)

tidal book 2025.jpg

  

​Dengan hormat dimaklumkan perkhidmatan kaunter dan pembelian peta-peta akan ditutup sempena Penutupan Akaun Bank bagi Akhir Tahun 2024: pada hari Selasa, 29 Jamadilakhir 1446H / 31 Disember 2024M​

Para Pelanggan boleh membuat pembelian atas talian melalui laman sesawang: http://www.mod.gov.bn/survey atau scan QR Code 

Sekian. Harap Maklum.

Makluman Penutupan Kaunter (1).jpg

  

12 Disember 2024, Khamis, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur pada hari ini telah menerima lawatan dari Syarikat PIESAT Information Technology Co., Ltd. Dalam lawatan berkenaan, syarikat PIESAT telah membentangkan pengenalan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. PIESAT Information Technology Co., Ltd ditubuhkan pada tahun 2008, merupakan syarikat Internet satelit di China dan juga salah satu syarikat pertama yang tersenarai di Science and Technology Innovation Board.

Turut menghadiri ke sesi pembentangan tersebut ialah Pmk Juruukur Agung, Pmk Timbalan Juruukur Agung, Penolong Juruukur Agung (KAD) serta para pegawai kanan Jabatan Ukur. ​​

WhatsApp Image 2024-12-12 at 11.41.23 AM (1).jpeg

  

Bandar Seri Begawan, 03 Disember 2024 - Sesi taklimat pemberigaan perkhidmatan Jabatan Ukur kepada penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung di Daerah Brunei Muara telah diadakan pada hari ini di Dewan Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Taklimat tersebut dianjurkan oleh Bahagian Maklumat Kadaster, Bahagian Pengukuran Kadaster, Bahagian Geospatial Pemetaan dan Bahagian Geodetik.  

e7f5c438-c276-4a21-a626-993b2963a783.jpg

  

Bandar Seri Begawan, 20hb November 2024 – Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Network Integrity Assurance Technologies (NIAT) Sdn. Bhd hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan ‘Brunei Darussalam Geospatial Challenge (BDGC) 2024’ sempena Hari Geographic Information System (GIS) 2024 bertempat di Setia Point Co. Kumpulan The Caffeinated Cats​ muncul Juara bagi BDGC 2024 dengan tajuk projek Fire Fighting: Emergency Response

IMG_9105.JPG

  

Dikongsikan bersama Infografik Kedudukkan Hilal Rabiulawal 1446H 

WhatsApp Image 2024-09-03 at 11.24.46 AM.jpeg

  

​Triple S Challenge 2024

Tarikh: 07 September 2024​ 

Tempat: Bengkel Jabatan Ukur, Kg Burong Lepas

Jam: 7.45 pagi

Dibukakan untuk semua kakitangan Jabatan dan Juruukur Tanah Berlesen

Tarikh tutup penyertaan: 26 Ogos 2024

WhatsApp Image 2024-08-20 at 11.45.16 AM.jpeg

  

The Brunei Darussalam Geospatial Challenge 2024 (BDGC 2024) is a competition aimed at youths of Brunei Darussalam from the Institutes of Higher Learning to showcase the use of geospatial technology and information to support the nation in achieving the Sustainable Development Goals (SDGs). Two winning teams will represent Brunei Darussalam to compete against students from the ASEAN region at the ASEAN Geospatial Challenge (AGC) 2025.

BDGC Poster_Amend_030924.png

  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Julai 2024 – Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan DST Network (DSTN) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai Program Penggantian Mandatori Kepada Sistem Meter Pintar Unified Smart Metering System (USMS) yang sedang giat dijalankan oleh pihak DST Network Sdn. Bhd.

logo usms.png

  

Bandar Seri Begawan, 11 Julai 2024 - ​​​Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Bagi Tahun 2023 Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-77 Tahun bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis diadakan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. 

WhatsApp Image 2024-07-11 at 12.51.36 PM.jpeg

  

Seluruh warga Jabatan Ukur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha


1 - 30Next