Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

  
Description
Front image
  

19 Februari 2021 - Jabatan Ukur melalui Unit Astronomi, Bahagian Geodetik telah dijemput untuk mengadakan Astronomy Talk di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada hari ini. Seramai lebih dari 40 peserta Program Belia Cinta Tanahair telah turut serta dalam acara berkenaan. Antara objektif Astronomy Talk ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran, mendidik peserta program dan menanam minat mereka dalam menceburi bidang Astronomi dan Astrofizik.

cover astronomy 2021.jpg

  

30 Januari 2021 - Dalam menyokong perlaksanaan Protokol Hijau, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah ikut serta 'Kempen 26,000 Pokok'. Dalam kempen ini, sebanyak 200 anak pokok telah ditanam di kawasan-kawasan di bawah kawalan Jabatan Ukur seperti yang telah ditetapkan. Kawasan-kawasan berkenaan adalah Bengkel Jabatan Ukur di Kg Sinarubai, Bengkel Ukur Tutong, Bengkel Ukur Belait dan Bengkel Ukur Temburong.

gp_male2021.jpg

  

​Aerobik Fitness Rebel

Tarikh : 16 Januari 2021

Jam : 4.30 petang

Tempat : 'Lobby' Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar & Desa dan Jabatan Tanah


  

To our faithful customers, please be informed that there are further amendments in the pages of the Brunei Darussalam Coastal Waters.


  

Untuk Makluman 

Penutupan Kaunter Hujung Tahun 2020 pada 31/12/2020 (Khamis)

info01.png

  

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PROGRAM 'WORKPLACE AND HEALTH' (WAH!)


 Dengan hormatnya sukacita merujuk perkara tersebut di atas.


 Sehubungan dengan itu, dipohonkan kerjasama dari semua pegawai dan kakitangan Jabatan ini supaya akan dapat membuat pemeriksaan kesihatan sesi pertama bagi Program 'Workplace and Health' (WAH) yang akan di adakan seperti dibawah:-


                   Tarikh      :             29 hingga 31 Disember 2020
                   Tempat   :             Tingkat 3 (Bilik Berkat) Jabatan Ukur


 Untuk makluman semua pegawai dan kakitangan bahawa saringan pemeriksaan kesihatan sesi kedua akan di adakan di Kementerian Pembangunan pada bulan Januari 2021. Bersama ini disertakan jadual pemeriksaan kesihatan bagi setiap bahagian dan cawangan seperti di Lampiran A.

 


info01.png

  
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) telah diadakan pada hari ini, 16 Disember 2020 di Bilik Hidayat, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Menandatangani bagi mewakili pihak Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan ialah Juruukur Agung, Awang Haji Arefin bin Haji Jaya manakala menandatangani bagi wakil MPABD ialah Pemangku Ketua Eksekutif MPABD, Kapten Basza Alexzandar bin Haji Basri. Hadir selaku saksi majlis penandatangan memorandum persefahaman tersebut ialah Dayang Hajah Roseidah binti Haji Kamis, Pemangku Timbalan Juruukur Agung dan Awang Helmi bin Haji Talib, Penguasa Pelabuhan Kanan MPABD. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah para pegawai kanan dari Jabatan Ukur dan MPABD.


  

​Buku Panduan Air Pasang Surut 2021 boleh didapati di kaunter Pusat Maklumat Geomatik di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan kaunter Bilik Maklumat Geomatik di semua cawangan daerah (Tutong, Belait & Temburong)


  

Daerah Tutong, 14 Oktober 2020 - Cawangan Ukur Daerah Tutong hari ini telah mengadakan Jerayawara Pemberigaan Kaedah Kerja Kadasteral Selama 8 Hari Waktu Berkerja di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong. Para jemputan adalah terdiri daripada para Pegawai dan Kakitangan Kerajaan dan Perwakilan Mukim dan Kampung. urut hadir ke Jerayawara berkenaan ialah Juruukur Agung, Awg Haji Arefin bin Haji Jaya serta para pegawai kanan Jabatan Ukur. 

a25edd26-72c7-4479-af85-528d8ecc6f9e.jpg

  

Daerah Tutong, 21 September 2020 - Survey Camp 2020 merupakan salah satu program latihan yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal pegawai dan kakitangan di Jabatan Ukur. Pada tahun ini, bengkel Survey Camp 2020 telah diadakan oleh Cawangan Ukur Tutong selama 4 hari, mulai 21 September hingga 24 September 2020. Bengkel berkenaan disertai oleh 21 orang yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur. Manakala tenaga pengajar pula terdiri daripada pegawai dan kakitangan Cawangan Ukur Tutong. Antara objektif ianya diadakan ialah memberikan pendedahan kepada peserta dalam aktiviti-aktiviti pengukuran seperti setting up control survey, pengukuran kadastral dan pengambilan data pengukuran. 

0bd67833-0388-4296-b0d8-314f4b262266.jpg

  

Bandar Seri Begawan, 29 Ogos 2020 - Sebagai salah satu Program Bersama-sama Kitani Sihat, tiga Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu Jabatan Ukur, Jabatan Tanah dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah menganjurkan satu aktiviti Brisk Walk, pada hari ini. Aktiviti Briskwalk berkenaan bermula pada 5 petang bermula di Lobby Bangunan 3 Jabatan melintasi Kampong Pengkalan Gadong,  Jalan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar dan berakhir ke Lobi Bangunan 3 Jabatan tersebut. Ianya disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari ketiga-tiga jabatan berkenaan. Objektif aktiviti ini ialah bertujuan untuk mengamalkan kehidupan sihat serta mengeratkan lagi silaturrahim antara pegawai dan kakitangan ketiga-tiga jabatan. 

BRISKWALKMAP.jpg

  

Daerah Brunei dan Muara, 22 Julai 2020 – Unit Astronomi (Bahagian Geodetik) dan para pelajar dari Institusi IBTE pada hari ini mengadakan aktiviti cerapan Komet C/2020 F3 (Neowise) di Tanjung Batu, Muara.  Komet C/2020 F3 (Neowise) ditemui pada 27 Mac 2020 bukan dari permukaan Bumi tetapi dari sebuah balai cerap angkasa sekitar 326 batu (525 km) dari Bumi. Komet berkenaan ditemui oleh teleskop angkasa bernama NEOWISE (Near Earth Object Wide-field Infrared Survey Explorer), yang dilancarkan oleh pihak NASA pada tahun 2009. 

neowise 2.png

  

Jabatan Ukur ingin mengongsikan maklumat mengenai Data Analisis Rukyah Hilal Zulhijjah 1441H untuk makluman orang ramai.

Analisis Rukyah Hilal Zulhijjah 1441_2020.jpg

  

08 Julai 2020, Bandar Seri Begawan - Menggalakkan kecekapan pasaran dan meningkatkan kebajikan pengguna di Negara Brunei Darussalam merupakan objektif Perintah Persaingan 2015. Perkara ini telah diberigakan di Taklimat Perintah Persaingan 2015 anjuran Bahagian Perundangan, Sempadan dan Hidrografi (PSH), Jabatan Ukur pada hari ini di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan. 

COMP ORDER DHY.jpg

  

​Bandar Seri Begawan, 7 Julai 2020 - Unit Astronomi (Bahagian Geodetik), Jabatan Ukur ingin memaklumkan orang ramai bahawa Fenomena Istiwa' Adzam (Matahari di atas Ka'abah) akan berlaku sekali lagi pada bulan Julai ini. Fenomena Matahari di atas Ka'abah ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada setiap 28 Mei dan 16 Julai. 

Pada tahun ini (tahun lompat), Istiwa' Adzam akan berlaku pada 15 Julai 2020 bersamaan 23 Zulkaedah 1441H (Hari Rabu) pada jam 5.27 petang. 

Orang Ramai boleh membuat semakan hala kiblat mengikut kaedah yang dipaparkan dalam gambar. 

istiwa_15jul20.png

  

21 Jun 2020, Bandar Seri Begawan - Fenomena Gerhana Matahari Separa telah sabit kelihatan pada 3.12 petang pada hari ini.  Turut hadir sama-sama menyaksikan fenomena gerhana ialah Juruukur Agung, pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dilantik. Dua lokasi telah dipilih untuk menyaksikan fenomena berkenaan iaitu di Kawasan Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah, Kg Kiulap dan Tanjung Batu, Muara. 

GM 2106_8.jpg

  

1Jun 2020, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan sukacita ingin memaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa akan dijangka berlaku pada 21 Jun 2020 bersamaan dengan 29 Syawal 1441H mulai pada jam 3.10 petang hingga 5.23 petang. 

28% Permukaan matahari akan dijangka dilindungi oleh bulan pada jam 4.22 petang. 

Sehubungan dengan ini juga, pihak Jabatan ingin memberi beberapa peringatan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena berkenaan, iaitu:

  • Tidak melihat dengan mata kasar kerana ianya boleh menyebabkan kerosakkan mata
  • Menggunakan kaca mata khas / alat perlindungan jika melihat gerhana matahari
  • Menggunakan teleskop yang dapat melindungi mata daripada cahaya matahari (sun filter)
Wallahu'alam Bisawwab.

GERHANA MATAHARI.jpeg

  

03 Jun 2020, Bandar Seri Begawan - Berikutan dengan perkembangan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan mengenai waktu-waktu beroperasi bagi kaunterkaunter perkhidmatan di Jabatan Ukur termasuk di cawangan-cawangan daerah (seperti dalam gambar).

kaunter 2020 aftr_raya.png

  

02 Jun 2020, Selasa, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur ingin memaklumkan  orang ramai mengenai sebuah syarikat di laman Facebook yang mana telah menawarkan perkhidmatan pengukuran seperti pencarian batu sempadan dan pembuatan plot bagi pemecahan tanah adalah TIDAK TERMASUK  dalam senarai syarikat yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan pengukuran. Orang ramai bolehlah melihat senarai nama-nama Syarikat Juruukur Tanah Berlesen di laman sesawang rasmi Jabatan Ukur di http://www.mod.gov.bn/survey/maklumat/juruukur-tanah-berlesen-yang-berdaftar.

Kenyataan Media_Isu TularSyawal1439.png

  

​27 Mei 2020, Bandar Seri Begawan - Fenomena Istiwa Adzam berlaku apabila kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah. Ianya berlaku setiap tahun pada 28 Mei dan 16 Julai. Pada tahun ini (tahun lompat), Istiwa Adzam berlaku pada 27 Mei 2020 bersamaan dengan 4 Syawal 1441H pada jam 5.16 petang. 

Orang ramai bolehlah menyemak arah kiblat melalui kaedah seperti berikut:

1. Tegakkan sebatang tiang / objek yang lurus (bersudut 90 darjah)

2. Lakukan di kawasan yang menerima cahaya matahari dengan jelas dan permukaan yang rata.

3. Semak arah kiblat berpandukan garis lurus bayang-bayang objek tersebut.

istiwa  2020_5.jpg

  

​23 Mei 2020, Bandar Seri Begawan - Rukyah Anak Bulan Syawal 1441 Hijrah akan dilakukan pada petang hari Sabtu, 29 Ramadhan 1441H bersamaan dengan 23 Mei 2020M  di beberapa buah tempat: 

Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku

Bukit Agok, Kg Jerudong

Tanjung Batu, Kg Sabun, Muara

Bangunan Hilal Bukit Ambog, Daerah Tutong

Bangunan Hilal Bukit Lumut, Daerah Belait

syawal2020_1.jpeg

  

23 April 2020, Bandar Seri Begawan - Rukyah Anak Bulan Ramadhan 1441 Hijrah akan dilakukan pada petang hari Khamis, 29 Syaaban 1441 Hijrah bersamaan dengan 23 April 2020 Masihi di beberapa buah tempat iaitu:

  • Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku
  • Bukit Agok, Kg Jerudong 
  • Tanjung Batu, Kg Sabun, Muara
  • Bangunan Hilal Bukit Ambog, Daerah Tutong
  • Bangunan Hilal Bukit Lumut, Daerah Belait

ANALISIS HILAL 2020.jpeg

  

​02 April 2020, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan hari ini ingin memperkenalkan satu perkhidmatan online yang baru iaitu Sistem Hala Kiblat Atas Talian (Qibla Direction Online System). Sistem atas talian ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai untuk membuat permohonan hala kiblat secara atas talian (online). Permohonan adalah dibukakan bagi persendirian, swasta dan juga secara bekelompok. Tatacara penggunaan adalah seperti tertera di poster.

Poster_Qibla.png

  

02 April 2020, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah mengemaskini Geoportal Ukur yang mana pelbagai features terbaru telah diperkenalkan untuk digunakan oleh pengguna awam (Public User) dan pengguna berdaftar (Registered User). Turut dikemaskini ialah Page Perkhidmatan Online Jabatan Ukur yang mana sebanyak 4 aplikasi online telah dimuatkan kedalam page berkenaan iaitu Geoportal, Survey Products, House Numbering dan Hala Qiblat. 

POSTER NEW LOOKS.png

  

Bagi mencegah penularan virus COVID-19, sebagai langkah berjaga-jaga, semua perkhidmatan kaunter (termasuk kaunter pembayaran, pendaftaran, permohonan dan pertanyaan) dan Pembelian Peta-Peta di Jabatan Ukur termasuklah kaunter-kaunter di Cawangan Daerah (Belait, Tutong & Temburong) akan ditutup mulai 21hb Mac 2020 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi langkah-langkah pembersihan untuk dilaksanakan secara berperingkat. 

Sebarang pertanyaan dan aduan, orang ramai bolehlah menghubungi melalui telefon dan emel seperti yang tertera di Poster Makluman. 

penutupan kaunter covid2020.png

  

Dukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Bola Sepak Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2020 ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

Pihak Penganjur ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan kesukaran yang berlaku. 

Dari Urusetia Kejohanan 

Makluman Penangguhan Bola 2020.jpg

  

Keputusan Hari KETIGA Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan bagi Tahun 2020 Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

Day 3 Result - 12 Mac 2020.jpg

  

Keputusan Hari KEDUA Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan bagi Tahun 2020 Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

Day 2 Result - 11 Mac 2020.jpg

  

​Keputusan Hari Pertama Kejohanan Bola Sepak 11 Orang Sepasukan bagi Tahun 2020 Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

result day 1 2020.png

  

​10 Mac 2020, Bandar Seri Begawan - Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Tahun 2020 Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Ukur bermula pada hari ini 10 Mac 2020 di Padang Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya. Kejohanan ini dijangka akan berakhir pada 20 April 2020. Sebanyak 13 pasukan terdiri daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya akan berentap di kejohanan ini. 

poster kejohonan bola sepak 2020.jpg

1 - 30Next