Majlis bersempena Sambutan Isra' dan Mi'raj telah diadakan bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya pada 09 Syaaban 1443H bersamaan dengan 12 Mac 2022M bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis tersebut, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Awang Haji Lihan bin Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Majlis kemudiannya diisikan dengan ceramah khas Isra' dan Mi'raj yang disampaikan oleh penceramah undangan, Dr Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Antara Intipati ceramah khas yang disampaikan pada majlis tersebut adalah berkisar mengenai ciri keperibadian Rasulullah SAW selaku role model yang tetap relevan sehingga akhir zaman yang diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Kepentingan akhlak itu adalah bersifat menyeluruh yang merangkumi semua aspek di dalam mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni bersesuaian dengan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, di mana ianya memerlukan komitmen semua agar ianya benar-benar menjadi satu tabiat dan kebiasaan. Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber yang signifikan bagi menentukan apa juga tindakan seseorang itu dan seterusnya menjadi sumber akhlak Islamiah. Ceramah berkenaan juga turut menekankan kepentingan untuk menghayati dan tadabbur Al-Quran serta mempelajari sirah Rasulullah SAW dan kehidupan para shabat salafussoleh sebagai rujukan kearah menjana pembentukan akhlak manusia yang baik dan terpuji.
Turut hadir pada majlis Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis pada tahun ini adalah dibawah pengendalian Jabatan Perancanng Bandar dan Desa yang juga turut dihadiri secara maya oleh para warga Kementerian Pembangunan dan jabatan – jabatan di bawahnya.
Disediakan oleh:
Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Kementerian Pembangunan
12 Mac 2022