Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

HARI PERTAMA - BENGKEL STRATEGI PERBANDARAN LESTARI ASEAN (ASUS)



Hari Pertama - Bengkel Strategi Perbandaran Lestari ASEAN (ASUS) yang diadakan pada 19 - 20 Jun 2023 bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat YM Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Kementerian Pembangunan selaku Ketua Lead Implementing Body for Sustainable Infrastructure (LIB-SI).

Bengkel ini adalah antara program pemberigaan dan peningkatan kapasiti dalam  penggunaan ASUS dalam pelbagai projek pembandaran mampan di peringkat nasional, dan  bagi meningkatkan pemahaman mengenai Alat Bantu ASUS dan aplikasinya dalam konteks Brunei. 



Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan UN Habitat ini merupakan platform untuk pakar dan pihak berkepentingan dari negara-negara ASEAN untuk mengkaji dan berkongsi amalan terbaik dalam pembandaran mampan. 


Dua fokas tumpuan keutamaan bengkel adalah Mobiliti dan Urban Resilience yang diketuai oleh Penasihat Teknikal dan Ketua Pasukan Projek UN Habitat, Riccardo Maroso, dan Pakar Pembandaran Mampan UN Habitat , Tam Hoang sebagai fasilitator.

Beberapa pakar dari UN Habitat turut dijemput melalui platform dalam talian maya (Zoom) untuk membentangkan dan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan:-

Pakar Pertama, Riccardo Maroso, UN-Habitat membentangkan rangka kerja ASUS, meneliti pelaksanaannya dan meneroka pendekatan inovatif untuk pembangunan bandar yang mampan. Pakar Kedua, Maria Adelaida Cea, UN Habitat dengan tajuk Perubahan Iklim dan Daya Tahan di Asia Pasifik yang membincangkan beberapa contoh-contoh tentang membina Urban Resilience. Dan akhir sekali, Pakar Ketiga, Yuki Takada, UN Habitat dengan tajuk Urban Mobility yang membincangkan tentang mobiliti dalam bandar yang mampan serta Pendigitalan dalam mobiliti.




Attachments