Hari
Kedua- Bengkel ASEAN Sustainable Urbanisation Strategy (ASUS) yang diadakan
pada 20 Jun 2023 di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Sesi bengkel dihari kedua dimulakan dengan pembentangan oleh pakar pertama, Riccardo Maroso, UN-Habitat mengenai gambaran Keseluruhan tentang rangka ASUS, faktor kejayaan dan faktor halangan terhadap pelaksanaannya.
Seterusnya, sesi dialog terbuka dengan fasilitator UN Habitat, Tam Hoang mengenai faktor kejayaan dan amalan terbaik untuk bagi pembandaran mampan di Brunei Darussalam. Panel dialog adalah terdiri dari Muhammad Fauzi bin Kamis,Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Darat, Mr. Gabriel Yit Vui Yong, Pensyarah,Universiti Brunei Darussalam, Mohammad Zulfadhli bin Haji Mahri, Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash’ari, Pengarah, Green Brunei
Perbincangan secara berkumpulan mengenai faktor kejayaan dan halangan utama bagi pelaksanaan pembandaran pembandaran mampan di dalam dua aspek Mobility dan Urban Resilience telah mengupas dengan lebih terperinci faktor kejayaan dan halangan strategi perbandaran mampan dalam kontek tempatan. Hasil perbincangan kumpulan tersebut telah ditaklimatkan di sesi sebelah petang.