
14 November 2024, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 peringkat kebangsaan bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda Bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Dengan Tema “Localizing Sustainable Goals in Land Use Planning and Development Control”, pengisian sambutan pada tahun ini adalah memfokaskan kepada Reaching Out Program bagi memberigakan peranan perancangan guna tanah dan kawalan kemajuan dalam menerapkan matlamat pembangunan mampan di peringkat tempatan dalam menghalatuju kemajuan ke arah pembangunan mampan. Pameran selama tiga hari bermula pada 15hb November sehingga 17 November akan diadakan di Time Square Shopping Complex, Jaya Setia Berakas.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Timbalan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

Bagi menyemarakkan sambutan pada tahun ini, penyalaan lampu berbagai warna di Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien bermula pada malam 07 November sehingga 18 November adalah untuk memanifestasikan kepentingan kemajuan bersepadu dan koloborasi berbagai pihak. Warna lampu hijau, merah, kuning, biru dan ungu adalah merupakan kod warna zoning zoning perancangan guna tanah yang terdapat di pelan pelan perancangan.