
Sukacita dimaklumkan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Kementerian Pembangunan ingin mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan dari orang ramai mengenai kemajuan di kawasan perniagaan. Hasil kaji selidik ini akan dijadikan asas bagi pengemaskinian Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Bagi Kemajuan Perniagaan (JPBD, 2011).
Kaji selidik ini dibukakan kepada orang ramai bermula dari 14 Ogos 2025 sehingga 14 September 2025 dan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau dengan mengklik pautan berikut: http://bit.ly/47oHU41
Penyertaan biskita adalah sangat diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.