Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA MERAIKAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2019

Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) pada 4 November 2019 telah mengadakan majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) yang jatuh pada 8hb November setiap tahun, bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan telah hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan seterusnya memberikan ucapan perasmian serta melancarkan tiga Garis Panduan Perancangan -  Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Tambahan/Ubahsuai Perumahan sedia ada di dalam Kawasan Skim Perumahan Negara, edisi 2019 (Planning Guideline and Standard for extension/renovation of existing housing in National Housing Scheme Area, 2019 edition), Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Kemajuan Industri, edisi 2019 (Planning Guideline and Standard for Industrial Development, 2019 edition) dan Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Pemecahan dan/atau Penyatuan Tanah, edisi 2019 (Planning Guideline and Standard for Sudivision and/or Consolidation of Land, 2019 edition)satu Garis Panduan Supplementari Perancangan – Garis Panduan Supplementari Kepadatan Tanah dan Nisbah Plot bagi Kemajuan Perumahan, edisi 2019 (Supplementary Guideline on Density and Plot Ratio for Housing Development, 2019 edition); dan dua sistem maklumat perancangan, iaitu Informasi Perancangan Gunatanah (i-PG) (Information on Landuse Planningdan Sistem Informasi Perancangan dan Kemajuan (i-PK) (Planning and Development Information System).

Tujuan garis panduan perancangan ini adalah untuk menyelaras parameter perancangan yang berkenaan dan proses permohonan kebenaran perancangan, selaras dengan perkembangan semasa. Penerbitan garis panduan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jabatan khusus di dalam mendokong objektif strategik di dalam mengwujudkan pembangunan yang mampan dengan mengoptimakan penggunaan tanah dan pengurusan pembangunan yang cekap.

Manakala, tujuan sistem Informasi Perancangan Gunatanah (i-PG) adalah untuk mengongsikan maklumat mengenai dasar perancangan melalui Sistem Geoportal yang disediakan oleh Jabatan Ukur. Ini bertujuan untuk memudahkan orang awam untuk merancang pembangunan mereka selaras dengan dasar perancangan dan juga sebagai salah satu inisiatif Jabatan untuk mencapai objektif Smart Nation melalui perkongsian maklumat di antara pihak Kerajaan dan orang awam.

Sistem Informasi Perancangan dan Kemajuan (i-PK) berperanan sebagai sebuah platform atas talian bagi syarikat guaman unuk menghadapkan permohonan bagi mendapakan maklumat perancangan dan kemajuan. Melalui sistem ini, Jabatan Perancang Bandar dan Desa berharap untuk menambahbaik tatacara menghadapkan permohonan agar proses ini menjadi lebih mudah kepada pengguna.

Tema sambutan HPBS 2019 pada tahun ini adalah MELIBATKAN WARGA BELIA DI DALAM PERANCANGAN BANDAR (ENGAGING YOUNG CITIZENS IN URBAN PLANNING). Tema ini amat relevan masa kini dan selaras dengan usaha JPBD yang kini giat dalam meningkatkan penglibatan dan pendedahan mengenai perancangan Bandar kepada warga belia.

JPBD berpendapat melalui penglibatan warga belia di dalam perancangan Bandar, ianya akan mendatangkan impak positif kepada perancangan kemajuan di masa akan datang memandangkan warga belia adalah peneraju generasi di masa hadapan. Dalam hasrat untuk meningkatkan penglibatan warga belia dalam perancangan bandar, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh JPBD seperti mengadakan pameran, taklimat, bengkel dan jerayawara. Baru-baru ini jerayawara perancangan bandar telah diadakan di Daerah Tutong dan Belait dengan melibatkan penuntut-penuntut dari daerah-daerah Berkenaan.

Sempena sambutan HPBS 2019 tahun ini, JPBD dengan kerjasama Politeknik Brunei telah mengungkayahkan satu pertandingan perancangan gunatanah. Hasil pertandingan telah dipamerkan semasa majlis sambutan Sambutan HPBS hari ini / semalam.

JPBD akan sentiasa meningkatkan lagi inisiatif-inisiatif melibatkan warga belia di masa akan datang bagi memberikan lebih banyak peluang kepada warga belia untuk terlibat lebih aktif di dalam perancangan Bandar. Dengan adanya lebih banyak lagi penglibatan warga belia, diharapkan supaya perancangan Bandar yang lebih teratur boleh di tingkatkan lagi di Negara Brunei Darussalam bagi menjadikan Negara ini sebuah Negara yang mempunyai perancangan pembangunan dan sosio-skonomi yang berdayatahan selaras dengan visi dan misi Jabatan.

Di Majlis tersebut, Tetamu Kehormat juga turut menyaksikan pameran yang disediakan berkaitan dengan tema sambutan.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan, YB Pengiran Haji Ali Bin Pengiran Maon, YB Awang Iswandy Bin Ahmad dan YB Dayang Khairunnisa Bte Awang Haji Ash’ari, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap – Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Peghulu Mukim yang berkenaan serta Pegawai-Pegawai Kanan, Wakil Kumpulan Belia dan Penuntut Politeknik Brunei.


Attachments