Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SESI DIALOG BERSAMA LICENSED LAND SURVEYOR (LLS) DIANJURKAN OLEH JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

Bandar Seri Begawan, Selasa, 3 Syaaban 1442H bersamaan dengan 17 Mac 2021.

Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) bersama dengan ahli ahli Komiti Kawalan Pemecahan dan Penyatuan Tanah (KPPT) telah mengadakan Sesi Dialog kepada para Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor -LLS) bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan.

Hadir ke sesi dialog tersebut ialah Yang Mulia Pmk. Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Dayang Marsita Binti Omar. Sebanyak 12 Syarikat yang berdaftar sebagai Juruukur Tanah Berlesen di bawah Kementerian Pembangunan hadir bagi sesi dialog pada kali ini. Ahli – Ahli KPPT adalah terdiri jabatan jabatan yang berkepentingan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu  Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Jalan Raya, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Perkhidmatan Air, serta Jabatan-Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga.

Sesi Dialog bersama Licensed Land Surveyor (LLS) adalah merupakan aktiviti berterusan pihak Jabatan berserta ahli-ahli KPPT di dalam menjadikan platform perjumpaan berkenaan bagi memberigakan sebarang maklumat terkini yang melibatkan pembaharuan proses, piawaian serta garispanduan tertentu, termasuk usaha  bersama di dalam meningkatkan literasi teknikal para LLS semasa menghadapkan permohonan-permohonan pemecahan dan penyatuan tanah. Adalah diharapkan usaha bersama ini akan dapat membuahkan hasil yang positif khususnya di dalam meningkatkan kualiti  submission yang bermutu tinggi. Selain dari itu, flatform perjumpaan ini adalah bagi membuka peluang perhubungan dua hala bagi pihak jabatan dan ahli JKPPT mendapatkan maklum balas dari pihak-pihak yang berkepentingan di dalam mengenalpasti pembaikan yang diperlukan khusus di dalam memudahcara proses permohonan pemecahan dan penyatuan tanah di negara ini.

Sesi dialog juga turut diisikan dengan penyampaian beberapa taklimat dari jabatan Perancang Bandar dan Desa dan ahli ahli KPPT yang antara lain bertujuan untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai dengan proses permohonan pemecahan dan penyatuan tanah serta pencerahan mengenai beberapa parameter perancangan dan teknikal lain yang perlu dipastikan oleh pihak LLS semasa menghadapkan permohonan.  Proses Pemecahan dan Penyatuan Tanah adalah merupakan antara proses terpenting di dalam perjalanan kemajuan satu satu lot tanah. Justeru itu, beberapa penelitan teknikal seperti ketetapan bentuk dan saiz lot tanah, connectivity dan sebagainya perlu diteliti secara terperinci dan strategik. Dalam pada ini, pihak LLS juga perlu peka dan memahami place context lot tanah yang hendak dipecah dan dicantum, termasuk hubungkaitnya dengan kemajuan sekeliling. Adalah diharapkan usaha bersama ini akan dapat meyumbang impak yang holistic di dalam mengwujudkan persekitaran kemajuan yang berkualiti, mampan dan seimbang. Sesi taklimat yang disampaikan juga turut disasarkan bagi mengongsikan bersama jenis jenis penyelarasan yang diperlukan dari pihak LLS semasa menghadapkan permohonanan, termasuk perkara yang memerlukan pembaikkan di dalam sama sama menambahbaik proses serta meningkatkan kualiti submission. 

Dengan adanya sesi dialog seperti ini, pihak JPBD serta ahli ahli KPPT berharap ianya akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak LLS di dalam sama-sama meningkatkan kualiti permohonan dan pematuhan kepada peraturan-peraturan dan garispanduan-garispanduan sedia ada, dan berkongsi idea, pandangan dan cadangan ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan serta peningkatan prestasi pencapaian Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dari pihak kerajaan.

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA      
Kementerian Pembangunan
Bandar Seri Begawan BB3913, Brunei Darussalam

Attachments