Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaris Panduan dan Piawaian bagi Kemajuan Perumahan


Garis Panduan dan Piawai Perancangan  bagi Kemajuan Perumahan 2013

Garis panduan tersebut memuatkan syarat dan peraturan membina dan menambah rumah kediaman yang merangkumi Rumah Berasingan, Kembar, Teres, dan Walk-Up Flat (dikategorikan sebagai Perumahan Am), rumah kediaman dan  perniagaan sampingan dan Rumah Pangsa dan Pangsapuri.  

Penerbitan edisi ketiga ini telah mengambilkira perkembangan-perkembangan baru dari segi perubahan insitusi yang membenarkan kebenaran bangunan, prosedur permohonan dan peraturan-peraturan tambahan sejak tahun 2013.  Salah satu perkara baru yang dimasukkan adalah peraturan kawalan kemajuan  bagi tambahan/ubahsuai rumah kediaman jenis berasingan di kawasan Skim Perumahan Negara.

Selain itu satu bahagian dikhususkan untuk syarat dan peraturan bagi Rumah Kediaman Berasingan di kawasan Skim Perumahan Negara.

Garis panduan tersebut di antara lain menggariskan   peraturan-peraturan utama seperti  berikut;

1. Peraturan parameter perancangan iaitu Garis Bangunan dan     jarak di antara dua bangunan, Nisbah Plot (Plot Ratio), Liputan Plot (Plot Coverage) dan jumlah keluasan lantai yang dibenarkan   (Total Permissible Floor Area, TPFA)

2. Keperluan longkang, sanitasi dan Sistem Pembetungan;

3. Peraturan landskap, kawasan hijau dan penyediaan taman  permainan;

4. Had-had ketinggian bangunan yang dibenarkan ;

5. Peraturan pencahayaan dan pengudaraan (Lighting and   Ventilation);

6. Piawai seperti sukatan-sukatan bilik dan ketinggian rumah  kediaman;