Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

TAKLIMAT DAN BENGKEL SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM e-3S BERSAMA AHLI-AHLI JKKPT

Sistem e-3S adalah sistem yang direkabentuk oleh jabatan ini sendiri yang akan membolehkan pemohon menghadapkan permohonan tapak projek secara atas talian (online). Sementara ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Pemilihan Tapakk (JKKPT) juga akan dapat memberikan ulasan dan pandangan mereka secara atas talian (online).  Sistem yang masih dalam tempoh percubaan ini dijangka akan dapat mempercepatkan proses permohonan tapak.

Bengkel e-3S bersama ahli-ahli JKKPT berkenaan telah diadakan pada 26 November 2016 sempena Konvensyen JPBD 2016.

Objektif bengkel adalah:

  1. Untuk memberi kefahaman kepada ahli JKKPT mengenai dengan tatacara menggunakan sistem yang telah disediakan bagi melancarkan proses permohonan tapak.
     
  2. Untuk menerima ulasan atau sebarang kewahaman terhadap sistem yang akan digunakan oleh ahli JKKPT.

 

 


Attachments