Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SESI DIALOG BERSAMA AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA YANG LAYAK KAWALAN PEMECAHAN DAN PENYATUAN TANAH BESERTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 01/2017

Sesi dialog di antara Pihak Berkuasa Yang Layak Kawalan Pemecahan dan Penyatuan Tanah dan Juruukur Tanah Berlesen telah diadakan pada 22 Rabiul Akhir 1438H bersamaan dengan 21 Januari 2017M, bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kementerian Pembangunan.

Tetamu Kehormat Majlis pada sesi dialog ini ialah Yang Mulia Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan.

Pihak Berkuasa yang Layak Kawalan Pemecahan dan Penyatuan Tanah (PBYLKPT) adalah merupakan  pihak berkuasa yang bertanggungjawab memproses permohonan pemecahan dan penyatuan  tanah di Negara ini. PBYLKPT ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, dan ahli-ahli nya terdiri daripada Pesuruhjaya Tanah, Juruukur Agung, Pengarah Perkhidmatan Elektrik, Pengerusi Lembaga Bandaran, Pengarah Jalan Raya dan Pengarah Saliran dan Pembetungan, JKR.   Sebanyak 13 buah Syarikat telah  didaftarkan di bawah Lembaga Juruukur Tanah Berlesen  yang berperanan selaku agensi yang dilantik bagi menghadapkan permohonan pemecahan dan penyatuan tanah kepada Pihak Berkuasa Yang Layak Kawalan Pemecahan dan Penyatuan Tanah bagi mendapatkan kebenaran Pemecahan dan Penyatuan Tanah.

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Tuan Hj Muhd Lutfi bin Abdullah di dalam ucapan beliau menyatakan bahawa "proses Kawalan Pemecahan dan Penyatuan tanah yang efisyen adalah merupakan milestone penting di dalam mendatangkan kesan positif kepada kawasan bandar dan desa serta dapat menjamin kehidupan yang aman, selesa dan harmoni, dan dapat mengwujudkan susunatur tanah dan alambina yang teratur dan mampan. Sebagai contoh, penetapan kelebaran jalan laluan dan ruang garis bangunan tertentu ataupun keluasan minima plot tanah pemecahan berdasarkan kepada syarat khas tanah dan sebagainya mempunyai rasional tertentu bagi mengwujudkan susunatur tanah yang lebih teratur dan mapan."

Sesi Dialog yang telah diadakan pada pagi ini adalah merupakan program tahunan Jabtan Perancang Bandar dan Desa selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Yang Layak Kawalan Pemecahan dan Penyatuan Tanah di dalam memberi peluang khususnya kepada pemohon (LLS) untuk berinteraksi dan mengadakan perhubungan dua hala dengan agensi kerajaan yang berkenaan bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi  dalam memproses permohonan pemecahan/penyatuan tanah. Ianya merupakan avenue bagi para Juruukur Tanah Berlesen untuk mengajukan soalan semasa sesi soal-jawab, dan seterusnya memberi peluang kepada ahli-ahli Pihak Berkuasa untuk berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan dua hala di dalam sama sama meningkatkan mutu perkhidmatan serta kualiti pelan cadangan susunatur tanah melalui pendekatan kawalan pemecahan dan penyatuan tanah yang bersepadu yang mana memerlukan komitmen berterusan dari berbagai pihak.

Aktiviti utama sesi dialog tersebut telah menyusun beberapa sesi taklimat yang telah disampaikan oleh wakil ahli-ahli pihak berkuasa serta membincangkan beberapa isu berkenaan dengan proses untuk mendapatkan kebenaran pemecahan/penyatuan tanah dan keperluan  untuk mematuhi parameter perancangan atau keperluan teknikal jabatan-jabatan berkenaan. Di akhir sesi taklimat, sesi soal jawab telah dibukakan bagi memberi peluang para Juruukur Tanah Berlesen untuk mengajukan soalan dan membincangkan beberapa perkara berbangkit.

Turut hadir pada sesi dialog berkenaan, Yang Mulia Awang Shahrom bin Haji Awg Suhaimi, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Yang Layak Kawalan Pemecahan dan Penyatuan Tanah, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai Kanan di bawah Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, serta para Juruukur Tanah Berlesen.

Attachments