Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEM AWARENESS TRAINING JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 bermula pada 14 Julai 2009. Walau bagaimanapun, semua pemegang-pemegang ISO 9001:2008 telah dikehendaki untuk peralihan kepada ISO 9001:2015.

Sebagai persediaan peralihan kepada ISO 9001:2015, satu kursus telah diadakan pada 16 Februari 2017 dan telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Pemangku Penolong Pesuruhjaya Perancang Bandar Desa serta beberapa pegawai dan kakitangan yang akan melaksanakan peralihan ini.

Objektif kursus ini adalah bagi mendapatkan maklumat, pengetahuan dan tatacara bagi membuat peralihan ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015. Peralihan ini perlu dibuat dalam tempoh 3 tahun bermula pada tahun 2015 – 2018. Perubahan ini adalah berdasarkan keputusan pertubuhan ISO yang telah membuat perubahan dari segi pengiktirafannya.


Attachments