Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS SAMBUTAN KHATAM AL-QURAN

khtam.jpg

Jabatan Perancang Bandar dan Desa melalui Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS) dengan bantuan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Alhamdulillah telah melaksanakan Majlis Sambutan Khatam Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang disertai oleh Yang Mulia Awang Shahrom bin Haji Awang Suhaimi, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan penyampaian derma sumbangan makanan untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri kepada salah sebuah NGO di Negara Brunei Darussalam yang mana akan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan adalah dari ahli-ahli BKDS yang merupakan pegawai dan kakitangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa. Majlis tersebut telah diadakan di Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada 27 Ramadhan 1438H bersamaan dengan 22 Jun 2017M.

Attachments