Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PERLAWANAN TEN-PIN BOWLING DI ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN,

Perlawanan Ten-Pin Bowling adalah merupakan salah satu daripada kegiatan tahunan anjuran Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang bertujuan untuk memupuk semangat muhibah dan mengeratkan tali silaturahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan di dalam jabatan. Pada tahun ini rumah Tawak-Tawak telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras perlawanan Ten-Pin Bowling bagi tahun 2018. Pertandingan berkenaan telah diadakan pada 18hb Mac 2018 bertempat di Pusat Utama Bowling, Bandar Seri Bagawan. Pembukaan resmi perlawanan bowling tersebut telah dilaksanakan oleh wakil tetamu kehormat acara iaitu Yang Mulia Puan Zahiah binti Hj. Abd. Samad, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa.

 Seramai 20 orang peserta telah mengikuti perlawanan tersebut dan sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori berpasukan lelaki dan kategori berpasukan perempuan. Acara tersebut telah dijuarai oleh rumah Gong dengan jumlah kutipan mata 1,548. Manakala naib juara disandang oleh rumah Tawak-Tawak dengan jumlah kutipan mata 1,423 dan di tempat ketiga ialah rumah Guriding dengan jumlah kutipan mata 1,329.

Attachments