UNIT LEMBAGA TAWARAN KECIL

Lembaga Tawaran Kecil bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras proses tawaran kecil bagi Kementerian Pembangunan.
Antara peranannya termasuk mengiklankan tawaran di laman sesawang kerajaan, membuka serta membatalkan tawaran, dan memproses sokongan serta kebenaran bagi pesanan perubahan (Variation Order).
Selain itu, lembaga ini juga menyediakan senarai syarikat yang ditegah daripada menyertai tawaran serta mengemukakan laporan tawaran setiap suku tahun bagi tujuan pemantauan dan rekod rasmi.
Maklumat Perhubungan
Talian: 2383222 ext. 1011
E-mel: ltk.mod@mod.gov.bn