Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.
Sementara itu, hadir sama di ruangan jemaah perempuan ialah Setiausaha Tetap, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohammad Yaakub; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah dan seterusnya Sembahyang Sunat Witir.
Tazkirah bertajuk ‘Hidupkan Bulan Ramadan dengan Asmaul Husna : Al-Malik (Yang Maha Berkuasa)’ turut menyerikan lagi acara berkenaan, masing-masing disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Awang Muhammad Naadzimur-Rahmaan @ Naadzim bin Awang Haji Ya’akub di ruangan jemaah lelaki, manakala Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Dayang Hajah Nur Hasyimah binti Haji Mohd. Yaasin pula di ruang jemaah perempuan.
Majlis kemudian disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan seterusnya majlis ditutup dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
(Foto: Jabatan Penerangan)