Rombongan diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan dihadiri oleh warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yaasin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Masjid, Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis, Yang Mulia Awang Abdul Najib Syazwan bin Shahrani.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis ini merupakan aktiviti keugamaan tahunan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena bulan suci Ramadan.