gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masehi, bertempat di Surau Kementerian Pembangunan, hari ini. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ia diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah Juzuk 1 diketuai oleh wakil-wakil daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Muhd Abdul Wasi’ bin Haji Mohd Salleh, Mohammad Haziq Muzakkir Azem bin Azmi dan Abdul Wa’ie bin Hj Wahid bersama Qari dan Qariah yag terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selepas membaca Al-Quran.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan dijadualkan akan berlangsung selama dua minggu di Surau Kementerian Pembangunan.