Ceramah ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan penghayatan tentang bagaimana bulan Ramadan dapat dihayati serta diterjemahkan secara praktikal dalam aspek etika, integriti dan budaya kerja penjawat awam selaras dengan falsafah negara Melayu Islam Beraja.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Rashid.
Ceramah motivasi Ramadan ini merupakan antara aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Pembangunan yang diungkayahkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.