Kementerian Pembangunan meneruskan lagi siri taklimat pemberigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada dua sesi berbeza kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik pada 14 Ogos 2025 dan Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Syariah pada 16 Ogos 2025 yang lepas.
Taklimat pemberigaan yang diadakan ini merupakan usaha beterusan Kementerian bagi memberikan penjelasan dan ketelusan mengenai pemahaman mengenai pemilikan dan pegangan tanah orang bukan rakyat Brunei dan golongan stateless.
Taklimat pemberigaan tersebut disampaikan oleh Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Nuruljannah binti Haji Alim, Pemangku Ketua Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan dan Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi, Pegawai Tanah Kanan daripada Jabatan Tanah.
Satu sesi soal jawab juga diadakan untuk memberi peluang kepada jemputan yang hadir untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang telahpun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2025.