Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerumahan JKR

​​​​​1) Borang Permohonan Perumahan Di Bawah Kawalan JKR
2) Borang Akuan M​egosongkan Rumah Di Bawah Kawalan JKR
3) Borang Tambahan Maklumat Permohonan Di Bawah Kawalan JKR


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN TATACARA BAGI PERMOHONAN

PERUNTUKAN PERUMAHAN DI BAWAH KAWALAN

JABATAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN,

JABATAN KERJA RAYA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



​1.    Syarat-Syarat Kelayakan​



​1.1.

​Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan ​Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap sahaja.


​1.2​.

​Pemohon yang memegang jawatan Tetap / Sebulan ke Sebulan (Tidak Terhad) / Sebulan ke Sebulan / Open Vote dan Site Staff atau pemohon-pemohon yang bergaji hari boleh juga dipertimbangkan.  Walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan, kelayakan dan kes-kes tertentu yang membolehkan pemohon-pemohon untuk dipertimbangkan bagi mendiami Perumahan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan (DAF).​


​1.3.

​Pemohon yang TIDAK mengikuti mana-mana skim di bawah seperti berikut:

1.3.1.    Bantuan Kemudahan Kewangan Untuk Memiliki Perumahan;

1.3.2.    Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati;

1.3.3.    Skim Perpindahan / Perumahan Negara;

1.3.4.    Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan

1.3.5.    Lain-Lain bantuan yang dikeluarkan bagi pihak Kerajaan.


​​2.    Tatacara Permohonan


​2.1​

​Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisikan Borang Permohonan yang boleh didapati dari Unit Perumahan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR atau melalui laman  sesawang http://www.mod.gov.bn/pwd/SitePages/Perumahan JKR.aspx



​2.2​

​​Borang yang lengkap diisikan beserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihadapkan  ke Unit Perumahan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR melalui Ketua Jabatan.  Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dikembalikan ke Jabatan.


​3.    Penelitian Jawatankuasa Perumahan



​3.1.  ​

​Setiap permohonan akan diteliti dan seterusnya dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Perumahan di bawah Kawalan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR.​



​3.2. ​

​Permohonan yang sama ada berjaya atau pun tidak akan dimaklumkan melalui persuratan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah ditujukan kepada:



Unit Perumahan

Bahagian Pentadbiran

​Jabatan Pentadbiran dan Kewangan

Jabatan Kerja Raya​ 

Kementerian Pembangunan

​​


​​