Bandar Seri Begawan, 06 Mei 2025 - Seramai 30 orang pelajar program HNTEC in Geomatics dan 5 orang tenaga pengajar IBTE pagi tadi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Kehadiran para pelajar dan tenaga pengajar berkenaan dialu-alukan oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.