Majlis perancangan guna tanah kebangsaan (MPGK)
Pengenalan
MPGK
telah ditubuhkan pada tahun 2015
atas titah perkenan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda
Sultan, Sultan dan
Yang Di Pertuan
Negara Brunei Darussalam. MPGK adalah Majlis tertinggi
yang bertanggungjawab ke atas penyelarasan semua dasar dan aktiviti berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. MPGK diwujudkan untuk memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan berdayatahan.
Tugas-tugas Majlis adalah seperti berikut:
- Merangka dan memberi panduan dasar negara serta menggubal dasar baru atau meminda dasar yang berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa
- Menimbangkan sebarang cadangan untuk meminda undang-undang Perancangan Bandar dan Desa dan peraturan-peraturan sedia ada
- Menimbangkan sebarang cadangan untuk menyelaras mana-mana undang-undang lain yang menyentuh / berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa
- Menyelia penyediaan pelan pembangunan dengan memberi nasihat mengenai perkara berkaitan dengan perancangan guna tanah
- Mempastikan cadangan-cadangan dalam Pelan Pembangunan (Development Plans)
yang berkepentingan dapat dilaksanakan mengikut tempoh sasaran pelaksanaan
- Membuat sokongan bagi projek berkepentingan nasional diberikan keutamaan bagi kebenaran dan pelaksanaannya
- Meneliti dan memutuskan isu-isu yang berkaitan dengan hal Perancangan Bandar dan Desa