Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTatacara Menghadapkan Permohonan

 
  • Permohonan pemecahan/ penyatuan tanah hendaklah dipohonkan kepada JPBD melalui Juruukur berlesen
  • Dokumen – dokumen yang perlu dihadapkan ke Kaunter JPBD:
    • Borang Rasmi
    • Geran Tanah yang terkini
    • Pelan pemecahan / penyatuan tanah yang disediakan oleh Juruukur Berdaftar
    • Survey Sheet (RSO Sheet)
    • Jadual perkiraan serta maklumat bagi setiap pembahagian pemilik tanah (mengikut geran tanah yang terkini)
    • Setiap infrustruktur / utiliti yang sedia ada atau yang dicadangkan di tapak atau di kawasan yang berhampiran hendaklah ditandakan pada pelan tersebut dengan jelas
  • Yuran akan dikenakan bagi setiap permohonan yang dihadapkan bagi Peringkat 1
  • Kebenaran kerja – kerja tanah (jika perlu) hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pihak Yang Berkuasa sebelum permohonan pemecahan/ penyatuan dapat diproses
  • Ada berkemungkinan permohonan yang dihadapkan tidak akan dipertimbangkan jika terdapat kemajuan yang masih dalam pembinaan di tapak yang dipohonkan.
  • Rayuan ke atas keputusan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan hendaklah dihadapkan kepada pihak Jabatan dalam masa 6 minggu dari tarikh surat dikeluarkan
  • Pindaan atau pembatalan bagi pelan yang telah diluluskan serta menghadapkan pelan cadangan baru hanya boleh dibuat 6 bulan selepas Sijil Kebenaran dikeluarkan. Jika permohonan berkenaan dihadapkan dalam masa 6 bulan dari Sijil Kebenaran dikeluarkan, pertimbangannya adalah tertakluk kepada Pihak Yang Berkuasa dan akan dikenakan yuran yang lebih tinggi. 





Nota:

1.Peringkat 1 – Sijil Pengesahan
        - Pelan cadangan pemecahan/penyatuan tanah hendaklah dihadapkan kepada setiap agensi yang berkenaan  
          untuk  mendapatkan ulasan dan pandangan

2.Peringkat 2 – Kebenaran
         - Setiap sijil pengesahan yang diperolehi dari Jabatan - Jabatan yang berkenaan hendaklah dihadapkan kepada JPBD serta            pelan cadangan yang bersih (jika perlu pembetulan)