gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

DIVISYEN PENGURUSAN KORPORAT DAN SUMBER MANUSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT

Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal perjawatan dan pentadbiran kakitangan di Kementerian Pembangunan. Antara fungsi utamanya termasuklah memproses pengambilan pegawai dan kakitangan baharu bagi skim gaji bulan dan gaji hari, serta mengurus permohonan berkaitan cuti, pemangkuan, dan pelbagai elaun pegawai serta kakitangan.

Bahagian ini juga memproses sokongan bagi penganugerahan pingat dan Bintang Kebesaran Negara, di samping mempertimbangkan dan mengurus sokongan bagi kenaikan pangkat serta penetapan jawatan. Selain itu, ia turut mengendalikan Sistem Sumber Manusia (SSM) dan berperanan sebagai penyelaras aktiviti-aktiviti Kementerian Pembangunan.

Dalam aspek komunikasi rasmi, bahagian ini bertanggungjawab memproses serta mengurus persuratan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, persendirian, serta jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Maklumat perhubungan
Ext.: ​1525 / 1510 / 1512
E-mel: admin.dpk@mod.gov.bn

Kewangan

Bahagian Kewangan dan Perolehan bertanggungjawab dalam pengurusan  kewangan, kutipan hasil, dan perolehan bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Tugas utamanya meliputi penyediaan Anggaran Peruntukan Tahunan, pemprosesan Waran Pindah, serta penyediaan laporan bulanan peruntukan dan perbelanjaan. Bahagian ini juga mengurus pembayaran gaji, elaun, pembelian barangan, perkhidmatan dan kontrak, serta memantau tunggakan bayaran.

Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab terhadap kutipan hasil dan laporan suku tahunan, pengurusan tiket penerbangan pegawai (Waran Udara), serta urusan Lembaga Tawaran Kecil, termasuk pengiklanan, pembukaan, dan penyediaan laporan tawaran.

Maklumat perhubungan
Bahagian Kewangan
Ext.: ​1005 / 1006 / 1008​
E-mel: bahagian.kewangan@mod.gov.bn 

Bahagian Lembaga Tawaran Kecil
Ext: ​1011
E-mel: ltk.mod@mod.gov.bn

Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat  (IT) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan inisiatif digital yang menyokong misi Kementerian Pembangunan selaras dengan matlamat e-Kerajaan.

Bahagian ini memastikan sistem aplikasi, perisian, peralatan komputer serta infrastruktur rangkaian di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya berfungsi dengan baik, selamat, dan terkawal. Ia juga menyelaras pelaksanaan projek-projek e-Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan tadbir urus digital.

Maklumat perhubungan
Ext.: ​1406 / 1407​
E-mel: hr.itc@mod.gov.bn

Pengurusan Aset

Bahagian Kewangan dan Perolehan bertanggungjawab dalam pengurusan  kewangan, kutipan hasil, dan perolehan bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Tugas utamanya meliputi penyediaan Anggaran Peruntukan Tahunan, pemprosesan Waran Pindah, serta penyediaan laporan bulanan peruntukan dan perbelanjaan. Bahagian ini juga mengurus pembayaran gaji, elaun, pembelian barangan, perkhidmatan dan kontrak, serta memantau tunggakan bayaran.

Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab terhadap kutipan hasil dan laporan suku tahunan, pengurusan tiket penerbangan pegawai (Waran Udara), serta urusan Lembaga Tawaran Kecil, termasuk pengiklanan, pembukaan, dan penyediaan laporan tawaran.

Maklumat perhubungan
Bahagian Kewangan
Ext.: ​1005 / 1006 / 1008​
E-mel: bahagian.kewangan@mod.gov.bn

Bahagian Lembaga Tawaran Kecil
Ext: ​1011
E-mel: ltk.mod@mod.gov.bn

Urusetia Jawatankuasa Penghapusan dari Kira-Kira

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bahagian sumber manusia bertanggungjawab dalam menyediakan program pembangunan keupayaan dan peningkatan kemahiran bagi pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Selain daripada itu, bahagian ini mengenal pasti dan melaksanakan program profesional dan berstruktur untuk pegawai dan kakitangan teknikal bagi meningkatkan kompetensi serta kecekapan kerja. Program ini juga menyokong pembangunan profesional antarabangsa seperti Institute of Chartered Engineers (ICE), Royal Institute of British Architects (RIBA), Royal Institute of Chartered Surveyors (RICS), Institute of Mechanical Engineers (IMechE), dan Royal Town Planning Institute (RTPI) dan sebagainya.

Selain itu, bahagian ini melaksanakan succession planning bagi jawatan utama Kementerian bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan pembangunan pegawai berpotensi tinggi untuk peranan masa hadapan.

Maklumat perhubungan

Divisyen Pengurusan Sumber Manusia
Ext.: ​1314 / 1317
E-mel: mod.training@mod.gov.bn

Urusetia Pengambilan Kementerian Pembangunan
Ext.: ​1319 / 1514