Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 Tahun kali ini menyaksikan seramai 33 warga Kementerian Pembangunan menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) pada istiadat yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.
Berangkat mengurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga Kementerian Pembangunan yang menerima pingat kehormatan ini dan ia diharap akan dapat menyuntik semangat untuk terus maju dan cemerlang dalam bidang pekerjaan masing-masing.
