Kementerian Pembangunan melalui kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan telah mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi bulan Ogos. Majlis berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan.
Hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohammad Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.
Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit serta para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.