Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (“ABCi”) pada masa ini sedang melaksanakan penyiasatan mengenai perkara yang melibatkan pemalsuan dokumen bagi mendokong permohonan Occupation Permit (“OP”) bagi sebuah kemajuan di Kampong Rancangan Perumahan Meragang, Mukim Serasa.
Dibawah Akta Kawalan Bangunan (“BCA”), permohonan OP merupakan dokumen lampiran yang perlu dihadapkan oleh pihak Orang Berkelayakan (Qualified Person – QP), iaitu itu Arkitek atau Jurutera Professional yang berdaftar dan mempunyai Practicing Certificate dibawah Lembaga Arkitek, Jurutera Professional dan Juruukur Bahan (“BAPEQS”).
ABCi telah mengeluarkan notis kepada Orang Berkelayakan berkenaan untuk memberikan penyataan mengenai kes tersebut.
Mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan untuk mendapatkan kebenaran apa-apa permit adalah menjadi kesalahan dibawah Section 24(2) BCA dan jika disabit kesalahan ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi $20,000, penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
Autoriti ingin mengingkatkan kepada semua Orang Berkelayakan supaya sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tekun semasa menyediakan dan menghadapkan dokumen kepada ABCi memandangkan mereka adalah bertanggungjawab bagi ketepatan dan integriti terhadap semua dokumen yang dihadapkan untuk kebenaran seterusnya.
Pihak Autoriti sentiasa mengambil serius terhadap ketidakpatuhan terhadap kerperluan mengikut Akta dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika diperlukan untuk menjaga integriti kawal selia dan keselamatan orang awam.
Mana-mana orang ramai yang hendak menghadapkan aduan atau mendapatkan nasihat bolehlah menghubungi pihak Autoriti melalui talian Whatsapp Hotline – 8140365.