Bahagian Kaji Tanah dan Kaji Selidik (BKTKS), Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya telah menerima lawatan sambil belajar daripada 19 orang pelajar Tahun 7 dan tiga orang guru pengawas dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada program STEAM: Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics, yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi ilmu sains, teknologi dan kejuruteraan dalam dunia sebenar.

 

Sepanjang lawatan ini, para pelajar telah diberikan penerangan ringkas mengenai peranan dan fungsi BKTKS, termasuk bidang geoteknik, geologi, kajian tanah serta pemantauan kejadian gempa bumi di rantau ini. Para pelajar juga berpeluang melawat Unit Geoteknik, Unit Geologi dan Kajian serta Makmal Ujian Bahan Asas Binaan, termasuk demonstrasi ringkas berkaitan kerja-kerja teknikal yang dijalankan oleh jabatan.

Lawatan ini diharap akan dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus meminati bidang STEAM, di samping memahami peranan Jabatan Kerja Raya dalam menyokong pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam di Negara Brunei Darussalam.