Simposium Seni Bina Islam 2026 yang bertemakan ‘Barakah Dalam Bangunan: Amalan Seni Bina dan Kelestarian di Negara Brunei Darussalam’ diadakan selama empat hari, kecuali Jumaat bermula 10 hingga 14 Jun 2026 bertempat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
Simposium berkenaan merupakan anjuran BKISHHB dengan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan serta institusi pengajian tinggi awam tempatan iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2026 (Brunei MYCE 2026).

Beberapa buah agensi di bawah Kementerian Pembangunan turut menyertai pameran tersebut iaitu Jabatan Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Jalan Raya, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), dan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS).

Turut diadakan ialah Klinik Kemajuan yang dibukakan kepada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan-perkhidmatan di bawah agensi-agensi yang terlibat.