Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Aldila binti Haji Mohamad Salleh, ditukar sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri.
Tarikh lantikan serta pertukaran pegawai-pegawai kanan tersebut berkuatkuasa mulai hari Rabu, 15 Muharam 1448 bersamaan 1 Julai 2026.