Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W) bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan 2019, Yang Mulia Awang Abdul Muin bin Haji Abdul Hamid.

Majlis kemudian diteruskan dengan Ceramah Khas Sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W bertajuk “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Aqidah” yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Mufti Kerajaan, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin.

Majlis disemarakkan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban daripada Kumpulan Pendikir Jabatan Kerja Raya dan diikuti dengan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan oleh Imam Masjid Kampong Sungai Hanching, Yang Mulia Pengiran Ahmad Fathurrahman Nur Firdaus bin Pengiran Haji Hassanuddin
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, dan Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen, Unit serta Pegawai- Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Majlis ini diadakan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta menyemarakkan syiar Islam dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga Kementerian.