Jerayawara Laman Sesawang Workplace and Health Programme (WHP) dan Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan (PKK) telah diadakan selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 September 2026, khusus bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan dibawahnya.

Jerayawara ini bertujuan untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan, serta memperkenalkan kemudahan baharu yang tersedia melalui portal rasmi WHP. Program ini turut menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi pengesanan awal penyakit, termasuk penyakit kardiovaskular, kanser kolorektal, kanser payudara dan kanser serviks.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah serta pengukuran indeks jisim badan (BMI).

Melalui inisiatif ini, warga Kementerian Pembangunan diharap akan lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing serta mengambil langkah proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri.