Direktori & Hubungi Kami
Cari nombor telefon, waktu kaunter dan lokasi pejabat Kementerian Pembangunan.
Hubungi Kementerian Pembangunan
Telefon
+673 238 3222+673 238 3406
E-mel
info@mod.gov.bnAlamat
Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan, Berakas, BB3510, Negara Brunei Darussalam
Lihat di Google Maps ↗Waktu Kaunter Perkhidmatan
| Kaunter | Isnin–Khamis | Sabtu |
|---|---|---|
| Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) | 8:15–11:00 pagi 1:45–3:00 petang | 8:15–11:00 pagi |
| Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar | 8:00–11:45 pagi 2:00–3:45 petang | 8:00–11:45 pagi 2:00–3:45 petang |
| Pembayaran Unit Kewangan | 8:15–11:00 pagi 1:45–3:00 petang | 8:15–11:00 pagi |
| Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA) | 8:15–11:00 pagi 1:45–3:00 petang | 8:15–11:00 pagi |
| Bahagian Kemajuan Bangunan, ABCi | 8:15–11:00 pagi 1:45–3:00 petang | 8:15–11:00 pagi |
| Lembaga Pemaju Perumahan (BHD) | 8:15–11:00 pagi 1:45–3:00 petang | 8:15–11:00 pagi |
| Bahagian Industri dan Local Business Development, ABCi | 8:15–11:00 pagi 1:45–3:00 petang | 8:15–11:00 pagi |
Tutup pada hari Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.
Direktori Pejabat & Bilik Mesyuarat
Tingkat Bawah
- Unit KewanganExt. 1005 / 1006 / 1008
- Lembaga Tawaran KecilExt. 1011
- Divisyen Pengurusan LembagaExt. 1017
- Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur BahanExt. 1016
- Lembaga Penilai dan Ejen Harta TanahExt. 1021
- Lembaga Pemaju Perumahan
- Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam SekitarExt. 1030 / 1032
- Bilik Pengawal KeselamatanExt. 1010
- Bilik Mesyuarat Unit Kewangan
- Bilik Mesyuarat Lembaga Tawaran Kecil
- Bilik Beragi I
- Bilik Beragi III
Tingkat 1
- Atrium
- Corporate Wall
- Dewan Betabur
Tingkat 2
- Divisyen Pelaburan dan Undang-UndangExt. 1201 / 1202
- Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan StrategikExt. 1215 / 1214
- Surau
- Bilik Mesyuarat Jong Sarat
- Bilik Mesyuarat Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik
Tingkat 3
- Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaExt. 1314 / 1317
- Urusetia Pengambilan Kementerian PembangunanExt. 1319 / 1313
- Unit Audit DalamanExt. 1322 / 1324
- Pejabat Setiausaha Tetap (Dr. Chin Wei Keh)Ext. 1303
- Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bilik Mesyuarat Sukmaindera
Tingkat 4
- Unit Teknologi MaklumatExt. 1406 / 1407
- Bilik Mesyuarat Kaca
- Bilik Mesyuarat Arap Gagati
- Bilik Latihan Unit Teknologi Maklumat
- Bilik Mesyuarat Unit Teknologi Maklumat
Tingkat 5
- Divisyen Pengurusan Korporat & Sumber Manusia
- Bahagian PentadbiranExt. 1525 / 1510 / 1512
- Bahagian Pengurusan AsetExt. 1509 / 1522 / 1523
- Pejabat Setiausaha Tetap (Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad)Ext. 1504 / 1507
- Pejabat Setiausaha Tetap (Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar)Ext. 1501 / 1502
- Bilik Mesyuarat Liputan Madu
Tingkat 6
- Pejabat Menteri PembangunanExt. 1603 / 1602 / 1608
- Pejabat Timbalan Menteri
- Sekretariat Tugas-Tugas Khas
- Bahagian Perhubungan Awam2380729 (DL)
- Bilik Mesyuarat Berputar
- Bilik Mesyuarat Sipugut
- Bilik Mesyuarat Silubang Bangsi
Pautan Jabatan/Autoriti/Lembaga di Bawah Kementerian
Jabatan Kerja Raya
Jalan raya, air dan infrastruktur
Laman rasmi ↗Jabatan Tanah
Hak milik dan cukai tanah
Laman rasmi ↗Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Kebenaran perancangan
Laman rasmi ↗Jabatan Ukur
Pengukuran tanah, peta dan alamat
Laman rasmi ↗Jabatan Kemajuan Perumahan
Skim Perumahan Negara
Laman rasmi ↗Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Alam sekitar, taman dan rekreasi
Laman rasmi ↗Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
Kelulusan bangunan, permit pembinaan dan lesen pembina
Laman rasmi ↗Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA)
Pendaftaran dan semakan penilai serta ejen harta tanah
Laman rasmi ↗Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS)
Pendaftaran dan semakan pengamal profesional
Laman rasmi ↗Lembaga Pemaju Perumahan (BHD)
Panduan pembelian rumah dan pendaftaran pemaju perumahan
Laman rasmi ↗Aduan & Pertanyaan
Gunakan borang rasmi untuk menghantar pertanyaan, aduan atau maklum balas kepada Kementerian.
Buka borang rasmi ↗Soalan Lazim (FAQ)
Hubungi MOD
Bagaimana cara menghubungi Kementerian Pembangunan?
Telefon +673 238 3222 atau +673 238 3406, atau e-mel info@mod.gov.bn. Gunakan bahagian Hubungi Kementerian Pembangunan di halaman ini untuk membuat panggilan terus.
Bagaimana menghantar aduan atau pertanyaan kepada MOD?
Gunakan borang Aduan dan Pertanyaan di Direktori MOD. Nyatakan perkara, lokasi jika berkaitan dan maklumat yang membantu pihak Kementerian memahami isu awda.
Di mana saya boleh mendapatkan borang dan menyemak waktu kaunter?
Gunakan halaman Borang Muat Turun untuk borang, panduan dan senarai semak. Waktu bagi setiap kaunter boleh dilihat dalam jadual Waktu Kaunter di halaman ini.
Jalan raya, bekalan air dan saliran
Di mana saya boleh melaporkan jalan berlubang atau rosak?
Hubungi Talian Darussalam 123 untuk aduan bukan kecemasan. Berikan nama jalan atau simpang, arah perjalanan dan mercu tanda terdekat supaya lokasi mudah dikenal pasti.
Apa yang perlu dibuat jika air terputus atau tekanan air rendah?
Semak notis Jabatan Kerja Raya. Jika masalah berterusan atau kawasan awda tiada dalam notis, hubungi Talian Darussalam 123. Berikan lokasi dan masa masalah bermula.
Bagaimana melaporkan longkang tersumbat atau air bertakung?
Untuk masalah bukan kecemasan, hubungi Talian Darussalam 123. Nyatakan lokasi, bila ia berlaku dan sama ada masalah itu berulang apabila hujan. Sertakan gambar jika selamat untuk diambil.
Perumahan Negara
Bagaimana cara memohon Skim Perumahan Negara (SPN)?
Muat turun borang SPN-01 (P1) dan senarai semak daripada Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP). Semak syarat semasa dan lengkapkan dokumen sebelum menghadapkan permohonan.
Bagaimana menyemak status SPN dan bilakah rumah diperuntukkan?
Semak halaman Semakan Status Permohonan JKP atau hubungi Bahagian Pengurusan Permohonan. Menurut FAQ JKP, peruntukan mengikut giliran tahun permohonan.
Rujukan rasmi 1 ↗ · Rujukan rasmi 2 ↗
Pembelian Rumah
Di mana saya boleh mendapatkan panduan membeli rumah daripada pemaju?
Rujuk panduan pembeli dan maklumat pemaju pada laman Lembaga Pemaju Perumahan (BHD). Gunakan panduan itu untuk menyemak perkara yang perlu diteliti sebelum membuat komitmen pembelian.
Bagaimana syarikat boleh memohon pendaftaran sebagai pemaju perumahan?
Rujuk FAQ BHD dan borang pendaftaran BHD RL1. FAQ tersebut menyenaraikan dokumen seperti salinan kad pengenalan pemilik, sijil pendaftaran syarikat dan profil syarikat.
Tanah, pengukuran dan alamat
Bolehkah saya membayar cukai tanah secara dalam talian?
Ya. Jabatan Tanah menyediakan panduan pembayaran melalui aplikasi BIBD NEXGEN. Semak butiran hak milik sebelum mengesahkan pembayaran.
Di mana saya boleh mendapatkan panduan pindah milik tanah?
Buka bahagian Tanah dalam halaman Perkhidmatan MOD dan pilih panduan Pindah Milik Tanah yang berkenaan, sama ada dikenakan duti setem atau tidak. Hubungi Jabatan Tanah jika awda kurang pasti kategori yang sesuai.
Bagaimana cara memohon pengukuran tanah?
Rujuk Jabatan Ukur dan lengkapkan Borang UKUR056. Semak arahan permohonan dan dokumen yang diperlukan sebelum menghubungi ibu pejabat atau cawangan daerah.
Bagaimana saya memohon maklumat alamat atau nombor rumah?
Gunakan Sistem Permohonan Peralamatan Jabatan Ukur dan ikut langkah yang dipaparkan dalam portal.
Perancangan dan pembinaan
Apa beza Kebenaran Perancangan dan Kebenaran Kemajuan?
Kebenaran Perancangan di bawah JPBD menilai kesesuaian cadangan dari segi guna tanah, zon dan susun atur. Kebenaran Kemajuan di bawah ABCi berkaitan pelan kerja pembinaan. Semak kedua-dua proses untuk projek awda.
Rujukan rasmi 1 ↗ · Rujukan rasmi 2 ↗
Siapa boleh menghadapkan permohonan untuk membina rumah atau bangunan?
Bagi permohonan yang memerlukan Orang Berkelayakan (QP), lantik arkitek dan/atau jurutera profesional yang berdaftar dengan sijil amalan yang sah. Rujuk panduan ABCi untuk langkah yang berkenaan.
Adakah ubah suai kedai memerlukan kebenaran ABCi?
ABCi menyatakan perubahan struktur atau kerja yang dikategorikan sebagai pengubahsuaian signifikan memerlukan kebenaran. Semak panduan ABCi sebelum memulakan kerja jika awda kurang pasti tentang skop pengubahsuaian.
Ejen harta tanah dan profesional berdaftar
Bagaimana menyemak status ejen harta tanah?
Rujuk senarai ejen harta tanah berdaftar dengan sijil amalan yang diterbitkan oleh BoVEA. Padankan nama dan nombor pendaftaran ejen, serta semak tarikh senarai.
Di mana saya boleh membuat aduan berkaitan ejen harta tanah atau penilai?
Gunakan borang aduan rasmi BoVEA. Nyatakan perkara yang diadukan dan sertakan dokumen sokongan yang berkaitan.
Bagaimana menyemak arkitek, jurutera profesional atau juruukur bahan?
Rujuk senarai pengamal yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan di Brunei pada laman BAPEQS. Pilih senarai mengikut bidang dan semak tarikh kemas kininya.
Di mana borang pendaftaran atau permohonan sijil amalan BAPEQS?
Buka halaman Borang Muat Turun MOD dan pilih bahagian BAPEQS. Pilih borang dan senarai semak yang sepadan dengan jenis pendaftaran atau sijil amalan yang diperlukan.
Alam sekitar dan rekreasi
Di mana saya boleh menghantar barangan elektronik lama?
Rujuk direktori kitar semula JASTRe dan cari pengendali yang menerima e-waste. Hubungi pengendali terlebih dahulu untuk mengesahkan jenis barangan dan lokasi penghantaran.
Di mana saya boleh mendapatkan maklumat kutipan sampah atau penggunaan kemudahan taman?
Buka bahagian Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dalam halaman Perkhidmatan MOD. Pautan kutipan sampah dan permohonan penggunaan kemudahan seperti padang serta gelanggang disenaraikan di sana.
