gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Satu rombongan dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) hari ini mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kementerian Pembangunan dengan objektif memahami proses pendaftaran Penilai dan Ejen Harta Tanah di bawah Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA).

Seramai 15 orang hadir dalam rombongan ini yang terdiri daripada empat orang tenaga pengajar dan kakitangan, enam orang penuntut Cohort ke-5 serta lima orang penuntut Cohort ke-4 dalam jurusan HNTec in Real Estate Management and Agency. Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Rafaa Nur binti Haji Ranie.

Mengalu-alukan kehadiran rombongan ini ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Turut hadir, Pendaftar BoVEA, Dr. Pengiran Harizan bin Pengiran Haji Piut, dan Pemangku Ketua BoVEA.