Seramai lebih kurang 55 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah menghadiri Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bagi Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Masjid Kampong Kilanas.
Majlis yang diadakan setiap tahun ini melambangkan kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, di samping menjadi landasan untuk mempererat ukhuwah serta menghayati nilai-nilai murni yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Kehadiran Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta warga Kementerian Pembangunan mencerminkan komitmen Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dalam mendukung serta menyemarakkan syiar Islam di negara ini, disamping memperkukuhkan nilai keagamaan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat.