gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Rombongan Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar pada 28 Ogos 2025 sebagai sebahagian daripada aktiviti keagamaan tahunan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallalahu ‘Alaihi Wasallam.

Rombongan Kementerian Pembangunan seterusnya akan menghadiri Majlis Dikir 12 Malam Berturut-turut di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 30 Ogos 2025.