gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Bagi menyambut dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallalahu ‘Alaihi Wasallam, rombongan Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Dikir di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada malam ini. Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh ahli jawatankuasa Takmir Masjid dan Muslimah Masjid Universiti berkenaan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Rombongan Kementerian Pembangunan akan meneruskan lagi Majlis Dikir seumpamanya di Masjid Kampong Kilanas pada 3 September 2025 sebelum melabuhkan tirai bagi acara kemuncak Sambutan Maulidur Rasul pada 6 September 2025.