gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Kementerian Pembangunan melalui kerjasama diantara Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya, Unit Lembaga Tawaran Kecil dan Unit Perhubungan Awam telah mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi bulan Julai. Majlis berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.

Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit serta para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Munajat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam bagi memohon perlindungan daripada bala bencana serta penyakit berbahaya.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan bulanan Kementerian Pembangunan yang dikendalikan secara bergilir-gilir oleh jabatan dan unit di bawahnya.