Satu Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, dan Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara telah diadakan pada hari ini di Dewan Persidangan, Aras Bawah, bangunan berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan tayangan video mengenai projek pengubahsuaian bangunan berkenaan.

Majlis kemudian disusuli dengan penyerahan kunci bangunan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan kepada Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit dan Pemangku Pesuruhjaya Tanah, Dayang Zainon binti Haji Abidin.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Ir. Awang Haji Azhan bin Haji Abd Karim; ahli-ahli pasukan projek pengubahsuaian bekas bangunan Telekom Brunei Berhad, serta pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, dan Jabatan Tanah.