Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat Jabatan Tanah Daerah Brunei dan Muara dan Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah berpindah ke bangunan baharu, iaitu bekas Bangunan TelBru.
Mulai hari Sabtu, 1 Ogos 2026, Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara serta Bahagian Registri dan Hak Milik Strata telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya ke bangunan baharu di alamat berikut:
Aras Bawah, Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara, Simpang 55, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, Bandar Seri Begawan BB3513
Bermula pada tarikh berkenaan, semua urusan perkhidmatan kaunter yang berkaitan hendaklah dibuat di bangunan baharu tersebut.
Antara perkhidmatan yang disediakan di lokasi baharu ini ialah:
- Pembayaran Cukai Tanah dan lain-lain pembayaran transaksi tanah;
- Permohonan Pindahmilik Tanah;
- Pendaftaran Waris;
- Permohonan Geran Tanah Hilang, Rosak atau Hangus;
- Permohonan Kaveat Tanah;
- Permohonan Tukar Syarat Khas Tanah;
- Permohonan Gadaian;
- Permohonan Membaharui Tempoh Pajakan Tanah;
- Permohonan Memajak Tanah Persendirian;
- Permohonan Menyambung Tanah Lesen Tumpang Sementera;
- Permohonan Jalan Laluan Di Atas Tanah Kerajaan; dan
- Menghalakan Saliran ke Tanah Kerajaan.
Manakala, perkhidmatan dan urusan yang dikendalikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tanah, Bahagian Pemerolehan dan Pelupusan Tanah, Bahagian Penilaian, Bahagian Perkhidmatan dan Perkembangan dan Bahagian Pematuhan dan Perundangan adalah masih beroperasi di Ibu Pejabat, Jabatan Tanah.
Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut mengenai waktu operasi kaunter-kaunter Jabatan Tanah, orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp 7507878 atau e-mel info.land@land.gov.bn.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Jabatan Tanah di www.land.gov.bn atau mengikuti Instagram rasmi @jabatantanah.bn.
Sementara itu, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi juga telah berpindah dan mula beroperasi sepenuhnya di bangunan yang sama pada hari Sabtu, 25 Julai 2026 di alamat seperti berikut:
Tingkat 1 dan 2, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Simpang 55, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, Bandar Seri Begawan, BB3513
Dengan perpindahan tersebut, semua urusan perkhidmatan dan pembayaran JASTRe kini dilaksanakan di lokasi baharu berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui e-mel jastre.brunei@env.gov.bn.
Orang ramai juga boleh mengikuti Instagram rasmi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi melalui akaun @jastre.bn.
