Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Divisyen Pengurusan Korporat dan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Keselamatan Kebakaran yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, prosedur keselamatan serta tindakan kecemasan yang betul sekiranya berlaku insiden kebakaran.
Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya telah menghadiri taklimat tersebut. Program turut merangkumi sesi penerangan, demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan sesi soal jawab bagi memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap aspek keselamatan kebakaran.


Diharapkan penganjuran taklimat ini dapat memupuk budaya keselamatan di tempat kerja serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kementerian dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
