Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei, Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran ‘Dato Seri Paduka’, dalam Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun, yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada hari ini.

Seluruh warga Kementerian Pembangunan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak atas pengurniaan bintang kebesaran tersebut.

Foto: Jabatan Penerangan.