Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menyertai Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam Peringkat Negara bagi Tahun 1448 Hijrah.

Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

Turut menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut ialah Dr. Chin Wei Keh, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wasallam Suluh Akidah’.